Katakanlah Pada Dirimu….

Posted on August 3, 2007 by angahmiza.
Categories: Uncategorized.

      Berkata Syeikh Abdul Kadir Jailani :
   
Apabila kamu bertemu seseorg,maka lihatlah kelebihan yang
          ada padanya dan engkau katakan pada dirimu :
" Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripadaku.
        Semoga Allah mengangkat darjatNya "

    Sekiranya dia lebih muda dari kamu katakanlah :
  " Dia belum lagi menderhaka Allah tetapi aku telah banyak
  menderhakai Allah,tidak ragu lagi dia lebih baik daripadaku "

   Sekiranya dia org yg lebih tua dari kamu katakanlah :
   " Dia lebih dahulu menyembah Allah dan berbakti
                    pada Allah daripada aku "
            
          
Sekiranya dia org alim katakanlah :
" Dia telah di beri Allah apa yang aku tidak dapat dan dia
           mengetahui apa yang aku tidak tahu "

           Sekiranya org itu jahil katakanlah :
" Dia menderhaka kerana kejahilannya sedangkan aku
     menderhaka dalam keadaan aku mengetahui
dan aku tidak tahu bagaimana kesudahanku dan kesudahannya "

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL….